Tuesday, May 27, 2014

Tulang Sotong Katak

Penemuan tulang sotong di Pulau Gili   saiz Mega
Di bawah pula sangat comel ...




Pencerahan Dari Abe Din ..apa khabar semua pengunjung. Harap-harap anda semua sihat dan gembira selalu. Cuaca nampaknya semakin hari semakin baik. Sotong dah mula dicandat di laut dan kawasan pesisir. Musim sotong datang lagi. Memang best..


Orang dok sibuk mencandat...aku pula dok tengah gila burung. Berjaya sungguh orang yang menghasut aku. Dengan sepantas kilat aku study cara nak bela burung... tanya sana-sini. Petang tadi...aku singgah kat pantai Kemasik selepas balik kerja. Niat aku cume satu...nak cari tulang, bukan "curi tulang".

Tulang yang aku maksudkan ialah tulang sotong. Aku selalu jumpe tulang ni masa pergi mencandat di kawasan pantai. Sekarang aku dah tahu apa guna tulang ni. Tulang sotong yang dicari adalah jenis tulang sotong Katak. Tulang yang baik berwarna putih dan kering. Sotong katak je yang mempunyai tulang yang paling tebal dan besar kat dunia. Dulu-dulu kalau dapat sotong katak... lepas siang, tulang buang je. Takde pekdah simpan. La ni...sume leh jadi duit.


Hasil yang Aku Dapat Petang Tadi



Tulang Sotong Di lokasi Asal Ia Dijumpai

Susah juga nak cari benda ni.. selalunya tulang sotong yang baru, dijumpai berdekatan dengan gigi air. Tulang-tulang yang lama agak sukar untuk ditemui kerana ia dibawa jauh ke daratan ketika air pasang besar. Sifatnya yang agak ringan memudahkan ia ditolak oleh ombak laut.

Kehadiran tulang sotong yang banyak di pantai boleh menggambarkan tentang kadar kematian sotong katak. Sotong-sotong katak mati disebabkan oleh kecederaan kerana digigit ikan, sakit atau sotong berkenaan sudah terlalu tua. Apabila badannya hancur dimakan ikan-ikan kecil, tulangnya akan hanyut di bawa arus laut ke kawasan pantai.

Kehadiran tulang sotong katak di kawasan pantai adalah bermusim. Selalunya awal tahun selepas musim tengkujuh... banyak tulang boleh dijumpai di kawasan pantai. Banyak juga tulang yang patah serta pecah kerana reput dan lama terdedah pada cuaca. Ada juga tulang yang sengaja dipatahkan oleh haiwan berkaki dua serta bertangan yang tidak tahu menilai.

Biasanya tulang sotong katak digunakan untuk membuat acuan logam cair dan boleh juga digunakan sebagai makanan burung peliharaan. Tulang sotong katak mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan dapat membantu membina tulang haiwan peliharaan seperti burung.


Tak Larat...Tak Cukup Tangan Nak Bawa

Sepanjang Trek Mencari Tulang Sotong

Ingatkan senang nak cari tulang sotong ni... berpeluh juga..... nak dapatkan sekilo bukan main payah. Tulang sotong ni boleh dijual kepada penternak-penternak burung. Kalau tak silap lebih kurang RM5 bagi 3 papan tulang sotong... kalau seguni...emmm lumayan gak. Kaye wooo..

Tulang sotong sesuai dijadikan makanan untuk burung merbok, tekukur dan "budgie". Gambar kat bawah tu le burung "budgie". Orang kita panggil burung baji. Comel tak? Aku baru beli dari tokei burung Rm150 bagi tiga pasang. Orang kata, tulang sotong ni baik untuk baji..tu sebab aku gi cari kat pantai sorang diri. Baju kerja pun tak tukar lagi. Sure orang kat pantai tu kata aku giler... dah lah smart, cari benda pelik pulak tu..kihkih.

Wednesday, May 7, 2014

CARA MEM BUAT SEPAT PEKASAM


Adakah anda tahu cara nak buat ikan pekasam atau tahukah anda bagaimana untuk memproses ikan pekasam orang utara? Erm, bila sebut pasal ikan pekasam nie saya teringat ibu kepada mak lang saya memang ada jual ikan pekasam. Tetapi ikut musim padi diambil, pada masa selepas padi baru diambil maka ramai yang terjun ke dalam sawah untuk menangkap ikan. Pada waktu ini lah kepada anda yang mengetahui cara untuk memproses ikan pekasam dapat menjana pendapatan melalui bisnes jualan ikan pekasam. Lumayan..



Untuk pengetahuan anda. Antara jenis ikan yang digunakan untuk membuat pekasam adalah seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan loma. Melihat kepada proses penyediaannya pula, ikan-ikan tersebut akan disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama tiga hingga lima bulan.

Paling cepat proses pemerapan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu. Proses ini bertujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan isinya.

Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar. Proses pemerapannya selepas itu diteruskan lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut akan dibungkus dalam plastik secara vakum.

Tips Tambahan:

Untuk menghasilkan ikan pekasam yang bermutu. Proses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu. Kemudiannya, ikan itu dibersihkan dan digaul dengan serbuk beras yang dikisar halus. Selepas itu, ikan dimasukkan ke dalam tong besar yang ditindih dengan benda berat dan disimpan selama dua minggu lagi sebelum dibungkus. Sebenarnya, lagi lama ikan diperam, rasanya akan lebih enak. Ikan pekasam boleh disimpan lama kerana ia sudah diawet. Untuk memastikan ikan pekasam yang anda buat itu ‘menjadi’ dan mempunyai rasa yang sedap, gunakan ikan-ikan segar yang boleh anda dapatkan dari pemborong. Ramai yang mengatakan ikan pekasam berbau busuk kerana diperam. Jadi anda hendaklah menggunakan ikan segar dan menjaga kebersihan tempat menyediakannya, ia tidak akan berbau busuk.

Bagi sumber bahan mentah, seperti yang saya beritahu, ianya percuma. Anda boleh mendapatkan sumber bekalan ikan liar yang ditangkap di dalam sawah. Selain itu anda juga boleh memperolehi ikan mentah daripada pengusaha penternakan ikan belaan di tempat anda.

Sumber ikan ini diperolehi secara bermusim kerana mengikut keadaan cuaca. Kadang kala berlaku juga masalah kekurangan bekalan. Jadi untuk mengelakkan masalah ini, anda perlu membeli lebih banyak bekalan sebagai stok terutama pada musim perayaan.



Tentang harga pasarannya pula kebiasaan ikan pekasam dijual pada harga RM3.50 untuk 200 gram dan sekiranya pelanggan membeli secara pukal, anda boleh menjualnya pada harga borong RM2.80 untuk 200 gram

Musim Udang Dan Tarikh yang Sesuai







Udang sentiasa ada…. kecuali udang kertas (piai )yg banyak semasa kemasinan air sungai tinggi. Ianya ditangkap menggunakan jala dan pancing.

Semasa menjala para nelayan akan menggunakan umpan yang dibuat daripada hampas kelapa yang di masamkan terlebih dahulu. Umpan akan dicampurkan dengan lumpur @ tanah yang liat dan dikepalkan bulat-bulat.

Umpan akan dicampakkan di tempat yang ditandakan dengan pancang ( buluh panjang). Selepas 5 @ 10 minit, barulah nelayan menebarkan jala berhampiran dengan pancang tadi.

Selalunya di mana ada anak-anak buaya, di situ adanya udang kerana anak-anak buaya itu mengumpulkan udang untuk  makanan.

Para nelayan suka menangkap udang semasa air kecil ( selalunya pada 7hb dan 26hb Kalendar Islam ). Penangkapan pada hari ini melebihi tangkapan pada hari hari biasa. jika bernasib baik ianya boleh mencecah 3 ke 4 kilogram yang bernilai RM 100 ke atas bergantung kepada saiz udang yang ditangkap.


Menangkap Ketam Nipah

 

Dahulu, nelayan mencari ketam menggunakan binto @ bubu (tradisional -diperbuat daripada buluh dan jaring) yang diletakkan umpan (ikan) didalamnya dan bubu tersebut akan biarkan di dalam anak-anak sungai selama setengah jam hingga satu jam lebih. Penanda ( pelampung) yang timbul di muka air menandakan tempat bubu dipasang dan memudahkan para nelayan untuk mengambil bubu itu kembali.

Ketam yang pada masa itu masih lagi banyak di muara sungai.Khasiat Ketam Nipah

Sekarang nelayan kebanyakannya menggunakan bubu yang direka khas ,menggunakan jaring dan kawat, di mana ia boleh ditinggalkan lama mencecah 1 hari tanpa ketam dapat melarikan diri. Tngkapannya juga lebih daripada tangkapan bubu tradisional.


Selain itu, ada juga nelayan yang menggunakan kawat khas untuk menangkap ketam yang berada di dalam lubangnya yang mana tidak semua nelayan mahir menggunakan teknik ini.

Ini memerlukan kesabaran dan pengamatan dan mesti teliti semasa ianya dijalankan untuk mengelakkan lubang tersebut daripada rosak. Ini untuk memastikan ketam yang lain akan mendiami lubang tersebut. Ia juga kerana bukan setiap lubang didiami ketam… Ketelitian juga penting untuk menjamin keselamatan nelayan. Ketam yang berada di dalam lubang amat sukar untuk ditangkap kerana sepitnya yang besar dan keras. Saya sebelum ini pernah mengalami pengalaman disepit yang menyakitkan.

Kebanyakan berat ketam yang ditangkap menggunakan teknik ini seekor mencecah sehingga satu kilogram ke atas. Ketam yang kehilangan sepit atau anggota badan akan terjejas harga jualannya. Oleh itu, proses sebelum (pencarian lubang ketam ) sehinggalah mengikat ketam yang di dalam lubang perlu dibuat dengan berhati-hati.

Hukum Memakan ketam dan beza ketam Batu

Sunday, May 4, 2014

Cara Menangkap Sepat / Menangkul ikan


AKTIVITI MENANGKUL IKAN



Aktiviti menangkul ikan popular di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia terutamanya yang berdekatan tali air yang digunakan untuk mengairi sawah. Aktiviti ini popular semasa musim hujan di mana air akan naik dan memenuhi tali air. Paras air yang meningkat dan keruh membuatkan ikan-ikan menjadi keliru dan bersembunyi di tepi tebing tali air tanpa mempedulikan kelibat manusia.





Tangkul yang digunakan diperbuat dari jaring yang dipasangkan pada pemegang yang diperbuat dari buluh. Pemegang jaring tersebut adalah buluh yang dipasangkan pada buluh lain yang diikat membentuk huruf " X " bagi membolehkan jaring tersebut terbuka lebar.



Tangkul direndam dalam air dan dibiarkan beberapa minit dan diangkat. Jika ada ikan melalui air yang dipasang tangkul maka ia akan terperangkap.
Ikan yang popular ditangkap dengan cara ini adalah seperti ikan sepat, puyu dan keli yang merupakan ikan yang hidup di perairan sawah padi.

Friday, May 2, 2014

Temakang / Tembakang dan Kepor / Patung


gambar diambil dari website 


Nama Tempatan : Ikan Temakang Hijau/Tembakang
Keluarga : ANABANTIDAE
Nama Saintifik : Helostoma temmincki (C&V)

Melaka ..Temakang ialah sejenis ikan tropika yang boleh di dapati di negara Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Habitat ikan temakang ini suka pada air tenang yang mempunyai reba seperti kolam atau paya air hitam.
Saiz temakang dewasa pula mampu mencapai sehingga 16 cm. Ikan ini mempunyai mulut yg kecil lagi
bermuncung manakala tabiatnya suka bercium sesama sendir

Ikan temakang ni tidak popular kalo berbanding tilapia, sepat, keli mahupun puyu. Temakang ni senasib juga
dgn kepor sekian hari semakin pupus akibat gejala meracun dan menjala sbb habitat ikan2 ini suka pada
kawasan2 yg banyak reba dan cetek iaitu di pinggir2 tebing atau gigi2 air. Pencemaran akibat kumbahan
dari perumahan dan perkilangan juga menyumbang kpd kepupusan spesis ikan ini.

Di Perak ikan ni agak popular kerana terdapat banyak tinggalan2 lombong lama yg dihuni oleh temakang ini.
Ikan ni apabila dimasak rasanya seakan2 tilapia tapi isinya lebih lembut dan lebih enak berbanding tilapia
sendiri. Setahu teman ikan ni tak dapat dipancing memandangkan saiz mulutnya amat kecil seperti sepat
dan cara menangkapnya hanya menggunakan jala tebar atau jaring rentang.

Pernah sekali bapak saya  dapat temakang putih kemerahan....1000 dalam satu...tapi itu dulu..
kawasan pasar borong batu berendam...sebelum pasar itu dibangunkan.......

Masa usia Saya di bangku sekolah selalu jugak ikut bapak menjaring atau menjala ikan temakang
ni. Ikan ni jenis berkumpulan, sekali jala ditebar kurang2nya 7-10 ekor sekali dibawak naik. Tapi pada hari ni mmg ikan ni jarang kedengaran melainkan di kwasan kolam lombong2 yg besar jer




Nama Tempatan : Kepor/Patung
Keluarga : Pristolepididae
Nama Saintifik : Pristolepis fasciatus
Saiz biasa : 10-16 cm
Nama Inggeris : Perch/Malayan Leaf

Habitat kepor ni lebih kurang sama dgn temakang tapi bersifat agak pemalu berbanding temakang
yg agak lebih frenzy. Boleh di dapati di negara seperti Malaysia, Borneo, Sumatera dan Thailand.
Rekod kepor terbesar pernah dipancing di persekitaran empangan Srinakarin, Thailand oleh Johnny
Jensen dari Denmark dgn menggunakan umpan cacing tanah.