Cara-Cara Memancing Ikan Tengiri
Penggunaan set medium heavy dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200 mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan coated steelwire 20lb panjang 6″ menggunakan hook 2/0 dan 3/0.
Ikan tenggiri jenis batang
Arus mati.
Pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan pelampung paling kurang 4 mtr. Makin panjang juga makin bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr dari kapal. Umpan berupa Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala mengarah ke atas / depan.
Arus perlahan.
Penggunaan teknik floating tanpa ladung atau pelampung.
Tetapi umpan ikan hidup hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap kapal. kalau menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.
Arus deras.
Penggunaan teknik mid water dengan batu pelampung ukuran 2 atau 3. pelampung dimasukkan kedalam mainline. setelah itu lepaskan ikan hidup sambil pelampung tetaplah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper pelampung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari boat/kapal.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.
Arus deras.
Penggunaan teknik mid water dengan batu pelampung ukuran 2 atau 3. pelampung dimasukkan kedalam mainline. setelah itu lepaskan ikan hidup sambil pelampung tetaplah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah gelung pada mainline untuk jadikan stopper pelampung. lepaskan sepanjang 30 mtr dari boat/kapal.
Untuk pancingan malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.
Hook Up:
(rembatan)hook up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata pancing yang disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan tenggiri tersebut kerana rabut.
kalau dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah. peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.
Tentang Hal Yang Perlu Tahu Dalam Mancing Ikan Tenggiri
Spot 1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.
Tips Mancing Ikan Tengiri untuk spot 1:
Semua keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.
Spot 2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.
Tips Mancing Ikan Tengiri spot 2:
memandangkan puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.
Spot 3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.
Tips Mancing Ikan Tengiri spot 3:
Di spot ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh. Tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.
Spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.
Tips Mancing Ikan Tengiri spot 4:
disini trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.
Spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.
Tips Mancing Ikan Tengiri spot 5:
Disini kita hanya perlu pasang satu set untuk tenggiri dengan cara floating disamping pancing bottom untuk species lain. Di sini juga kita tidak perlu berharap sangat pada tenggiri saja tetapi kembangkan pada ikan species lain. sekiranya ada rezeki dapatlah seekor dua.
Bahasa yang digunakan kali ini adalah 60 persen bahasa melayu, saya tidak terlalu banyak menggantinya sebab dikirimin lewat email dan sy up aja langsung. Hehehe… tetapi sekilas dibaca sih enak dan mudah dipaham-pahamkan..alias easy understanding..begitu? So silahkan nikmati artikel tadi – cara mancing ikan tenggiri
gambar x de ke
ReplyDelete