Tips khas untuk pemancing agar mereka mendapat info dan manfaat berguna melalui web ini atau UAT. Jadi ini adalah permulaannya, satu artikel sebagai panduan tentang apa, bila, dimana dan bagaimana untuk menyempurnakan kelengkapan dan teknik untuk memancing laut dalam berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengetahuan singkat saya sahaja. Setengah pihak berkata ilmu memancing baru paras lutut udah mahu mengajar orang lain, itu tanda jiwa yang lemah dan mati. Jiwa yang lemah tak mahu dan berminat belajar drp pengalaman orang lain. Kita yang hidup perlu jadi pelajar dari lahir sampai mati. Baru ilmu dan kematangan kita meningkat. Termasuklah dlm sukan rekreasi memancing.
APA PANCING LAUT DALAM
Pancing laut dalam boleh ditakrifkan di sini apa-apa kegiatan dan bentuk teknikal pancingan yang menggunakan lubuk di laut yang jauh dari pantai dengan jarak melebihi daripada paras pandangan mata, paling tidak dlm 10 batu. Itu takrifan saya. Selalunya pancingan laut dalam melibatkan penggunaan alatan berat yang tidak sama dengan peralatan di laut cetek dan pancingan ringan di pulau-pulau atau muara. Ia juga melibatkan sasaran ikan yang jauh lebih besar dari segi saiznya dan juga bentuknya. Pancingan laut dalam juga selalunya menggunakan bot dalam saiz yang sesuai untuk pancingan berat yang melibatkan beberapa pemancing dengan jarak, kesesuaian alatan, bot yang tertentu, yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang tertentu pula dan masa yang lebih lama, dari semalaman hingga boleh menjadi lebih seminggu di atas bot. Peralatan pancingan pantai atau kolam umumnya tidak sesuai digunakan untuk trip memancing laut dalam walaupun dalam keadaan tertentu ia boleh diselaraskan dengan jenis dan bentuk pancingan yang tidak memerlukan penggunaan alatan berat. Yg dimaksudkan di sini kekili pancingan pantai yang ringan tidak begitu sesuai kerana ia dari segi badan, cat, kekuatan dan fizikalnya hanya sesuai digunakan di air tawar atau laut tohor atau di tepian pulau kerana barangkali tidak berupaya menjalankan fungsi sesuai di lautan dalam, misalnya untuk mengangkat batu ladung seberat setengah kilo khususnya untuk rod kelas ringan dan reel jenis spinning.
Antara alatan yang digunakan untuk memancing laut dalam ialah kekili (manual atau elektrik), rod saiz sederhana (menegak atau mendatar), tali sulan (pelbagai saiz dari 20-100 paun), batu ladung, mata kail, dan sebagainya. Peralatan yang lengkap adalah satu keperluan untuk memastikan hasil yang baik dan kita tidak kempunan kerana terpaksa menunggu dan melihat hasil hanya dikaut orang lain sahaja.
CREDIT UAT
KENAPA PERLU PERALATAN YANG SESUAI
Umpama peninju dari sekolah rendah mahu bertarung dengan Mike Tyson , ia adalah tidak setara. Maksudnya di sini penggunaan alat biarlah sempurna dan sepadan. Kesempurnaan alatlah sayarat utama pancingan yang Berjaya dan sempurna. Penggunaan dan kesempurnaan alatan selalunya berkait rapat dengan hasil yang berbaloi dan pancingan yang efektif. Ini boleh dilihat dari beberapa sudut.
Selalunya kekili sesuai untuk pancingan laut dalam adalah reel dari jenis multiplier, sama ada dari kelas yang sederhana atau berat. Antara reel tersebut ialah Penn, Tiagra, Tica ST, Okuma, dan lain-lain (akan diupdate semula). Mutakhir ini ramai mua berubah kepada penggunaan kekili elektri dalam kelas yang agak berat yang sesuai untuk memancing dalam apa saja keadaan di laut dalam. Antaranya ialah Daiwa Megatwin dalam pelbagai saiz, Daiwa Tanacom, Shimano Beastmaster, Command CX4-CX10 dan sebagainya. Penggunaan mesin berkapasiti berat dan berkekuatan yang dapat menarik ikan bersaiz sebesar 20kg adalah keutamaan memenadangkan ia sesuai digunakan di laut dalam yang memerlukan penggunaan sqaiz ladung yang berat (seberat sampai 1-2kilo). Penggunaan kekili ini lebih menyenangkan dan kurang beri beban kepada pancingan yang memakan masa lama dan lubuk yang baik kerana kita tidak memerlukan tenaga dan masa lama untuk proses menurunkan umpan atau menaikkan ikan.
CREDIT TO UAT
Kekuatan reel perlu dipastikan dari sudut kemampuannya menaikkan ikan kerana kadangkala berlaku kes ikan besar tidak dapat dinaikkan kerana rod dan kekili tak sesuai. Ini pernah dilalui oleh saya sendiri kerana kecenderungan menggunakan rod kelas ringan untuk tujuan merasai karan yang lebih menyebabkan akhirnya berlaku kes kempunan ikan dapat menarik mata kail memasuki karang atau kapal dan memutuskan tali. Penggunaan kekili yang sempurna akan menjamin ikan saiz besar atau kecil dapat dinaikkan, dalam konteks kekili elektrik melalui cara yang lebih mudah, cepat dan amat berkesan. Kekili elektrik juga sesuai digunakan ketika kta terpaksa memancing dalam keadaan mabuk laut atau keletihan atau sekiranya alun sedang kuat atau arus sedang laju yang memerlukan kerja keras dan perhatian sukar diberikan kepada pancingan. Semua kekili di atas merupakan kekili yang mempunya kelajuan sekitar 2-4 ratio shj kerana dengan kelajuan itu sahaja reel ini sesuai dan akan dapat menarik batu ladung dan ikan dengan kekuatan yang baik. Semakin laju kekili maka semakin lemahlah daya tarikannya. Reel berdual speed seperti Daiwa Megatwin mampu menyesuaikan keadaan pancingan di mana ia akan menggunakan kelajuan untuk menarik dan memeriksa umpan manakala jika ia terpaksa menghadapi ikan besar, ia boleh mengubah kelajuannya kepada mode power dengan ratio yg lebih rendah dan hasilnya ikan berbelas kilo dapat dinaikkan dengan mudah tanpa perlu adanya kawalan manual.
Reel yg disarankan dan terbukti kuat:
Manual = Tica ST (single speed – digunakan di Burma menari ikan bersaiz sekitar 20kg), juga sesuai utk trolling dan pancingan ringan kerana saiznya yang kecil). Reel tica 2speed bermasalah dan sering rosak ketika menarik ikan besar. Reel Shimano Tiagra pula mempunyai dua speed tetapi speed mode kelajuan jarang dapat digunakan kerana begitu berat dan langsung tidak mampu menarik batu ladung walaupun seberat sekil berbanding dengan Tica ST. Reel lain – Okuma Titus Gold 2speed, Accurate bottom, dan apa-apa jenis reel conventional dan yang mempunyai lever drag seperti Trinidad, Tekota, TLD dan sebagainya yang merupakan reel bottom dan bukannya jigging (multiplier jigging reels) yang mempunyai ratio tinggi kerana reel jigging menyebabkan kita merasa beban menaikkan batu ladung atau reel.
Kelili yang sesuai perlu selaras dengan penggunaan rod yang sesuai. Rod yang sesuai adalah terdiri daripada rod saiz sederhana berat hingga heavy dengan kekuatan 30-80 paun. Terpulanglah kepada jenis lubuk dan saiz sasaran yang disasarkan. Rod yang keras dapat menarik ikan dngan mudah tanpa sebarang masalah sama ada ian kecil atau besar, tetapi feelnya tidak akan dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Ini hanya sesuai utk mereka yang memancing untuk membawa balik ikan berbading dengan mereka dalam kategori sportfishing angler. Rod yang terlalu lembut pula, dan mutakhir ini yang terlalu panjang akan memberi lebih feel, tetapi tak begitu sesuai digunakan untuk menarik ikan yang lebih besar. Misalnya kadangkala kerapu besar lebih Berjaya dalam perlawanan menggunakan rod lembut dan panjang di mana ia boleh menarik umpan memasuki struktur untuk menelamatkan diri. Keadaan ini sering berlaku dalam mana-mana trip.
Batu ladung yang sesuai digunakan bergantung kepada keadaan lubuk iaitu arus dan dalamnya sesuatu lubuk. Jika dalam dan arusnya laju, maka batu bersaiz besar perlu digunakan. Umumnya saiz yang sesuatu untuk aktiviti pancingan laut dalam di Pulau Pinang ialah antara 16-24 (sekilo setengah). Penggunaan batu ladung yang tidak sesuai akan menyebabkan umpan tidak dapat disasarkan tepat kepada lubuk ikan dan hasilnya menyebabkan ikan kurang berminat menerkam umpan. Selalunya anda digalakkan membiarkan batu ladung terus melekat ke dasar lubuk untuk hasil pancingan dasar yang lebih efektif kerana kebanykan ikan meragut umpan di dasar. Baru ladung juga tidak boleh dibiarkan dalam keadaan melompat-lompat ketika bot menahan asakan alun tinggi rendah kerana keadaan batu tersebut menakutkan ikan dan menyebabkan umpan tidak berani diusik.
Tali sulam adalah satu lagi elemen penting pancingan laut dalam. Apa guna jika memancing tanpa menggunakan tali sulam meskipun kita mempunyai alternative lain seperti tali mono. Tali mono sudah jarang digunakan pada hari ini kerana reel yang semakin kecil sesuai dengan perubahan teknik pancingan dan tali sulam yang lebih baik kerana boleh memotong air lebih baik dan memastikan umpan duhulur tidak ditolak jauh dari lubuk ikan. Tali sulam banyak di pasaran tetapi hati-hati membelinya kerana ada yang tidak sesuai. Ukuran yang baik untuk kebarangkali mendapat ikan tanpa menjejaskan atau kemungkinan tali putus ialah 50-80 paun. Ketebalan tali utama tidak penting kerana ikan bukan dipengaruhi sangat oleh tali utama tetapi perambut yang memegang umpan.
Tali disarankan = 50lb-80lb untuk setiap reel dengan kepanjangan (bergantung kepada kapasiti reel) yang sesuai iaitu 300-800meter atau lebih panjang. Jenis yang baik ialah tali berwarna warni seperti Varivas dll kerana warna dan keadaan yang tahan luntur dan putus. Tali lain ialah power pro, stren, spider dsbnya yang berwarna moss gren atau dark green. Tali berwarna kunign atau merah mudah luntur dan pendek meorinya dan ini menrugikan dalam jangka masa panjang.
Tali perambut
Tali perambut yang sesuai ialah yang berwarna biru atau putih yang agak sepadan dengan warna air laut dan kurang menimbulkan was-was ikan yang sensitif. Perambut murah yang boleh didapati di Siam adalah amat direkomenkan. Ketebalan perambut atau kekuatanna yang sesuai untuk pancingan di PP adalah sekitar 50-80lb sahaja, manakala di tempat yang mempunyai ikan lebih besar seperti di Burma Bank kekuatan boleh mencecah 150-200lb. Panjang yang sesuai adalah antara 2.5 hingga 4 depa, tetapi ada juga yg menggunakan sehingga 8 depa sekiranya itu tidak menganggu pemancing lain. Perambut panjang penting kerana semakin panjang perambut ia dapat menghilangkan tekanan batu ladung yang tergantung dan menhyebabkan ikan tidak merasai keberatan dan pergerakan batu, khususnya bagi ikan yg suka menguj keselamatan makanannya seperti jenahak. Terdapat beberapa jenis teknik ikatan perambut atau persembahannya, tetapi yang sering digunakan di PP ialah jenis perambut bercabang dua mata kail untuk ikan kecil dan sederhana dan ikatan selari satu atau dua mata bersaiz besar untuk sasaran ikan yg lebih besar.
Mata kail
Saiz dan ketebalan mata kail amat enting, tetapi yang lebih penting ialah ketajamannya. Saiz yang sesuai bergantung kepada ikan sasaran. Jika memburu jenahak dan ikan sebayanya mata yg digunakan sekadar bersaiz 2-3 sahaja sudahpun memadai, manakala untuk ikan besar saiz 5-7 digalakkan untuk umpan besar. Mata yang besar kurang menarik ragutan ikan manakala mata kecil akan mudah dibengkokkan atau tidak dapat melekat pada mulut ikan yang besar. Mata yang digalakkan ialah gamakatsu yang kuat dan tajam. Ianya juga sukar berkarat berbanding dengan jenis yang lebih tajam dan murah iaiaut Daichi yg mudah berkarat dan hanya digunakan pakai buang sahaja. Menggunakan mata kail yang mahal adalah berbaloi kerana ini menentukan kejayaan pancingan kita.
Batu ladung dan tanduk
Batu ladung yang lebih sesuai ialah yang dapat memastikan keadaan tali pancing dalam posisi 'sando lemang'. Itu bermaskud dlm ukuran sekitar 45 darjah menurun ke laut. Jika terlalu tegak dan terlalu landar ini menandakan batu ladung terlalu besar atau terlalu kecil dan harus ditukar. Penggunan batu ladung yang sesuai dapat memastikian kesimbangan antara tarikan karan pancingan dan kesempurnaan umpan terdampar di lubuk untuk mensasarkan ikan yang meargut umpan di dasar. Penggunaan batu ladung di PP adalah antara 16-32 bergantung kepada air. Batu ladung perlu dipasang pada sesuatu tanduk untuk membolehkannya berfungsi. Tanduk yang sesuai pula ialah yang lebih panjang sekitar 1/3 depa agar dapat mengelakkan tali perambut tersangkut, berpintal dan menjalar ke atas tali sulam sekiranya air mati/tiada arus. Di PP tanduk plasti atau besi boleh digunakan dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment