Jenahak merupakan satu spesis ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesis ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi kejayaan peribadi.
Habitat:
Ikan yang digelar ‘bantal emas’ ini banyak didapati di perairan sebelah Pantai Barat, khususnya di sebelah utara Semenanjung yang menjadi syurga kepada spesis ini. Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Kebiasannya di kawasan karang, saiznya tidaklah begitu besar berbanding dengan di tukun-tukun kapal tetapi jumlahnya lebih banyak. Kapal Batek, Karang 06 dan Kapal Langkawi, Kedah, merupakan antara lubuk berpotensi yang menjanjikan hasil tangkapan jenahak yang cukup memuaskan. Lubuk-lubuk ini agak terpelihara daripada kerakusan bot pukat nelayan dan terletak berdekatan dengan perairan selatan Thai yang kaya dengan pelbagai spesis ikan.
Di Pulau Pinang, antara lubuk-lubuk utama yang pernah menghasilkan tangkapan memuaskan bagi spesis ini ialah Lubuk Senapang, Kapal Russia dan Karang 60. Kawasan-kawasan pulau yang berdekatan seperti Pulau Jerjak yang mempunyai struktur berkarang juga menyimpan khazanah ikan jenahak bersaiz besar, tetapi populasinya kurang. Jenahak yang menghuni lubuk-lubuk yang cetek dan berarus deras seperti di Kapal Jepun dan Taiwan, Pulau Pinang, mempunyai warna yang agak pudar. Tetapi sifatnya lebih agresif berbanding dengan spesis sama yang menghuni struktur-struktur yang lebih dalam.
Sifat pemakanan:
Bagi memancing jenahak, kita perlulah mengenalpasti sifat pemakanannya yang agak tersendiri. Antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi, adalah masa ‘emas’ untuk memburu jenahak. Di kala pemancing mula mencari port yang sesuai untuk melelapkan mata, barulah ia rakus mencari makan. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut sekiranya tidak mahu kempunan menewaskan jenahak. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing waktu siang hari. Contohnya di Kapal Jepun dan Kelong Kapal, Pulau Pinang, sekumpulan jenahak pernah berjaya dipancing di kala panas terik matahari sekitar jam 12 tengahari.
Habitat semula jadi mempengaruhi bukan sahaja sifat-sifat dan keadaan fizikalnya tetapi juga cara pemakanannya. Untuk memancing jenahak, kita haruslah mengetahui kesesuaian umpan mengikut lokasi. Selalunya jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Kepala cumit segar yang mempunyai janggut dan mata yang menyinar di kegelapan malam hari adalah seumpama “kerlipan bidadari” yang tidak akan ditolak jenahak. Di setengah tempat, ia tidak begitu memilih umpan. Misalnya di Karang 06, Kedah, jenahak boleh dipancing menggunakan hirisan umpan kembung segar.
Peralatan, Kaedah dan Teknik:
Dengan sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja. Jenahak kurang memakan jig. Spesis ikan ini juga bukanlah boleh dikategorikan sebagai game fish. Ini kerana ia tidak kuat melawan tetapi bagi pemancing, sangat syok menaikkannya kerana nilai ‘emas’nya, lebih-lebih lagi jika terkena amukan bondongannya..
Oleh itu, untuk merasa tarikan jenahak, kita hanya perlu menggunakan kekili dan joran yang berkekuatan sederhana sahaja, tetapi bergantung juga kepada keadaan arus. Jika arus di sesuatu lubuk itu agak laju, maka peralatan yang berkekuatan berat perlulah digunakan untuk menampung saiz batu ladung yang agak berat. Saiz batu ladung yang sering digunakan oleh pemancing di sebelah utara, khususnya Pulau Pinang ialah yang bernombor 18-32. Padanan kekili yang sesuai bagi tugas mengangkat batu ladung seberat itu sekurang-kurangnya ialah kekili yang mempunyai dua kelajuan atau seelok-eloknya kekili elektrik yang kini banyak dijual di pasaran.

Persediaan lain yang penting ialah perambut dan juga mata kail. Anda disarankan menyediakan perambut tangsi yang berkekuatan sederhana sahaja, iaitu antara 50-80lb sepanjang sekurang-kurangnya dua depa. Anda tidak perlu menggunakan perambut dawai, memadailah dengan perambut mono sahaja asalkan ia kenyal dan kuat. Perambut dawai selalunya kurang efektif kerana ia dapat dikesan oleh deria jenahak yang sensitif. Jangan bimbang tentang perambut putus kerana tidak seperti spesis ikan alu-alu atau tenggiri, jenahak jarang memutuskan tali perambut kerana asakannya tidaklah kuat dan ia juga tidak bergigi tajam. Cuma anda perlu memastikan perambut selalu berada dalam keadaan baik dan tidak tercedera akibat terkena geseran karang atau tukun. Selalunya saya menggunakan perambut berwarna jernih dan halimunan seperti Berkley Varnish yang saya dapati memang berkesan menjerat jenahak. Warna jernih, halimunan dan kehalusan tali adalah kombinasi faktor yang baik untuk memerangkap spesis yang pemalu seperti jenahak.
Di Pulau Pinang kami sering menggunakan perambut dari jenis bercabang. Ini membolehkan umpan berbeza diletakkan dan dapat mengukur umpan manakah yang menjadi perhatian. Selain itu, teknik perambut bercabang mengurangkan risiko keciciran umpan dan ia kadangkala dapat menjerat dua ekor ikan sekaligus.Untuk mengelakkan daripada membazir di samping memudahkan anda menggantikan perambut yang rosak, perambut disediakan dalam dua bahagian iaitu perambut utama (panjang) dan gantian (pendek).
Cara penyediaannya ialah setiap perambut diikat cili pada hujungnya manakala mata kail hanya diikat pada perambut yang lebih pendek. Perambut yang pendek disambungkan melalui cili tersebut kepada hujung perambut utama. Setiap kali apabila ikan berjaya dinaikkan dan didapati perambut gentian telah rosak atau putus, maka tukarlah perambut pendek tersebut kepada perambut lain tanpa perlu membuang perambut utama. Sediakan perambut gantian banyak-banyak supaya apabila ikan sedang mengamuk dan perambut putus, kita tidaklah kekalutan memasangnya semula kerana masa ‘emas’memancing jenahak tidak boleh dibazirkan sebelum ia mula berhenti.
Dari segi penggunaan mata kail, biasanya saiz yang sesuai tidaklah begitu besar. Memadailah menggunakan saiz dua hingga tiga sahaja, khususnya dari jenis yang bermutu, tajam dan tidak mudah patah. Oleh kerana sesetengah lubuk, khususnya di Pulau Pinang terkenal dengan kedalaman dan arusnya yang laju, maka batu ladung sebesar nombor 24-32 menjadi taruhan terbaik. Batu ladung yang berat amat penting kerana jika ladung tidak merapati dasar dan umpan melayang-layang jauh daripada dasar laut, maka ia tidak akan berjaya menarik perhatian jehanak yang sering bermain di dasar.
Paling mudah dan efektif, sekiranya memancing di kawasan yang tidak terkena betul-betul pada karang atau tukun, ialah dengan membiarkan ladung jatuh menyentuh dasar dan kemudian setkan drag pada kedudukan yang sesuai. Berdasarkan eksperimen yang pernah dibuat, kumpulan jenahak lebih mudah diburu dengan taktik sedemikian berbanding dengan cara mengangkut ladung atau umpan ke paras lebih tinggi. Tidak akan berlaku masalah sangkut sekiranya kawasan pancingan itu di luar daripada tukun. Berbanding spesis kerapu, jenahak selalunya gemar mencari makan di luar kawasan tukun dan jarang masuk ke lubuk setelah meragut umpan, kecualilah jika kita terleka.
Spesis emas ini sering bergerak secara berkumpulan dan apabila tiba masanya ia meragut umpan, bersedialah dengan amukannya yang bertubi-tubi sehinggalah ia mula berhenti makan. Oleh itu, kita perlulah memastikan pada waktu jenahak frenzy tidak ada sebarang kes ikan yang rabut. Jika kes rabut berlaku berkali-kali, agak sukar untuk mengekalkan ragutannya kerana sudah pasti jenahak yang tercedera akan lari membawa bersama kumpulannya jauh dari lubuk.
Cara ragutan jenahak tidaklah begitu kasar. Kadangkala joran melintuk seakan-akan ada tarikan ikan kecil sahaja walaupun pada waktu itu saiz pemangsa sebenar adalah sebesar bantal peluk. Jadi anda perlulah sentiasa memeriksa joran dan pada waktu meninggalkannya, letakkan loceng di penghujung joran sebagai siren amaran.
Selalunya jenahak meragut umpan dengan cara menggetu terlebih dahulu, mengulum atau cuba melarikan umpan itu sebelum menelannya. Apabila ia merasakan keadaan selamat, barulah ia betul-betul menelan umpan dan ketika itu, mata kail pasti akan tertancap kemas di mulutnya atau terus tersangkut di dalam perutnya. Jadi anda tidaklah perlu terburu-buru menyentap joran, atau tak perlu langsung melakukan sentapan. Cara yang terbaik ialah membiarkan dulu umpan dilarikan dan ditelan sepenuhnya oleh ikan. Ketika itu kesabaran anda sewaktu melihat joran tergerak-gerak adalah ujian utama dalam menentukan kejayaan memancing jenahak.
Selalunya jika pemancing menyentap joran dengan kasar, umpan akan mudah tercabut daripada mulut ikan kerana kadangkala umpan masih belum ditelan dengan sempurna oleh si ikan. Malah kalau boleh biarkan sahaja joran melintuk beberapa lama kerana setelah menelan umpan, jenahak biasanya jarang terlepas. Banyak kes yang berlaku di mana setelah beberapa lama baru pemancing menyedari bahawa umpannya telah diragut sesuatu dan setelah ditarik, barulah didapati seekor jenahak bantal yang menelan mata kail dan sudah tidak bermaya lagi.
Di situlah terletaknya kelemahan spesis ini iaitu apabila ia menelan umpan, mata kail akan tetancap kemas pada mulut atau perutnya. Apabila dipam, ia hanya berupaya melawan seketika sahaja sebelum asakannya menjadi lemah di pertengahan air dan kemudiannya timbul di permukaan air dalam keadaan perut sudah pun tersembur keluar. Oleh itu anda tidak perlu terburu-buru mengepam untuk menaikkannya supaya tidak berlaku kes putus atau rabut akibat rintangan air. Apabila jenahak sudah naik ke permukaan air, bermakna rezeki sudah pun berada di dalam tangan anda.
(Utk makluman anda, tip ini mungkin sesuai di perairan tertentu shj, khususnya utara. Sifat ikan adalah berbeza dan oleh itu, pengalaman menjelajah ke lubuk-lubuk berbeza di tempat berbeza amatlah berbaloi. jangan kerana kita memancing di satu-satu tempat shj maka kita menjadi taksud dengan menganggap apa yg kita alami di satu tempat mewakili semua sifat ikan dan lubuk lain. Jauh perjalanan luas pengalaman). Sekian.
KREDIT TO UTARA ANGLERS
Terima Kasih Sipoo...Krn penerangan mengail..
ReplyDelete