Wednesday, May 7, 2014

Musim Udang Dan Tarikh yang Sesuai







Udang sentiasa ada…. kecuali udang kertas (piai )yg banyak semasa kemasinan air sungai tinggi. Ianya ditangkap menggunakan jala dan pancing.

Semasa menjala para nelayan akan menggunakan umpan yang dibuat daripada hampas kelapa yang di masamkan terlebih dahulu. Umpan akan dicampurkan dengan lumpur @ tanah yang liat dan dikepalkan bulat-bulat.

Umpan akan dicampakkan di tempat yang ditandakan dengan pancang ( buluh panjang). Selepas 5 @ 10 minit, barulah nelayan menebarkan jala berhampiran dengan pancang tadi.

Selalunya di mana ada anak-anak buaya, di situ adanya udang kerana anak-anak buaya itu mengumpulkan udang untuk  makanan.

Para nelayan suka menangkap udang semasa air kecil ( selalunya pada 7hb dan 26hb Kalendar Islam ). Penangkapan pada hari ini melebihi tangkapan pada hari hari biasa. jika bernasib baik ianya boleh mencecah 3 ke 4 kilogram yang bernilai RM 100 ke atas bergantung kepada saiz udang yang ditangkap.


No comments:

Post a Comment