Friday, October 3, 2014

Ikatan-ikatan Asas Memancing


Didalam hobi ni, diantara perkara asas yang perlu dan wajib diketahui adalah mengenai ikatan-ikatan asas memancing. Disini aku dapatkan beberapa contoh ikatan-ikatan yang lazimnya digunakan.


Dropper_Loop
Ikatan wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing. Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.
Droper loop Ilustration



Blood_Bight_Knot1
Ikatan ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana perambut akan sedikit berserabut.




clinch_knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.



Midknot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2 atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit rumit dan lambat untuk disediakan.





Improved-trilene-knot & improved clinch knotIkatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.



improved clinch knot






Hangmans_Knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.






Gt knot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.






Blood Knot.
Untuk ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus, braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.


Sebaiknya kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat atau menyediakan perambut ketika bot sedang beroleng boleh menyebabkan kita mabuk laut!!.

Fungsi swivel/kekili



Fungsi swivel adalah untuk mengelakkan tali tertwist, x jadi helipkopter bila kita retrieve balik. Secara umum, swivel terbahagi kpd 3,
1. Tugas Ringan

2.Tugas Sederhana

3.Tugas berat


Jgn kompuis, pasal selalunya orang akan cakap pakai swivel saja, padahal dia merujuk swivel dan klip,


gambar diatas menunjukkan swivel, clip dan gabungan swivel dan klips...

Bila kita nak guna yg ringan,sederhana dan berat??? Sila rujuk pada aplikasi kita. swivel yg baik ada load rating. Rujuk load rating sebelum membeli. Sebab kelakar yg amat kalu kita guna 200lbs swivel untuk main tarpon sungai....x logik jugak kalu kita guna swivel 20lbs buat main sailfish...kena guna imiginasi sikit...

Yg kawan bg kat atas tuh cuma secara umum je. Berjenih-jenih lg yg kawan sendiri x penah jumpa...Xpa,Kawan2 yg lain buleh tulong sambung....

sumber pancing.net

memancing ketam atau menjaring ketam?


Ketam Mudah Di pancing


Hanya pergi kekedai pancing membeli jaring seperti di atas


Contoh rakan kita menangkap ketam di tepi Laut Pengkalan Balak

Wednesday, June 11, 2014

Ikan Pemusnah



Larangan import ini dibuat selepas menimbang beberapa faktor seperti tahap ancaman kepada ekosistem, habitat dan spesies tempatan selain risiko penyakit yang dibawa oleh spesies ikan yang mudah dijangkiti dan spesies ikan vektor penyakit.

Tuesday, June 10, 2014

Pulau Upih Melaka

Salam sejahtera...

Aktiviti hujung minggu...sahabat Jamal Dan Apaw sentiasa tidak pulang Dengan Tangan Kosong
Lokasi : Sekitar Karang Pulau Upih
Umpan : Udang Hidup








Tuesday, June 3, 2014

Orong Orong Ataupun Mole Criket






Umpan Memancing Kawasan Sungai 

Cara Menagkap Berpandukan Bunyi Dan Mencari



















Orong-orong (Gryllotalpa africana) yang juga dikenal dengan sebutan anjing tanah itu hidup di dalam tanah. Orong-orong dewasa panjangnya antara 29-31 milimeter. Haiwan yang termasuk ke dalam jenis serangga ini tersebar di seluruh dunia.


Berbeza dengan serangga pada umumnya, orong-orong mengandalikan hidupnya pada sepasang "sekop pengorek tanah" yang ia miliki. Yang disebut dengan "sekop" ini adalah bagian tubuh yang terbentuk dari sepasang kaki pertamanya. Bentuk kaki ini pipih dan besar, sementara pada ujungnya terdapat gigi gepeng yang runcing. Karena bentuknya itulah maka kaki tersebut disebut sebagai kaki penggali.

Terd
apat beberapa jenis orong-orong di dunia ini. Diantaranya yang memiliki ukuran tubuh agak besar disebut orong-orong besar (Gryllotalpa unispina). Jenis orong-orong ini setelah dewasa panjang tubuhnya bisa mencapai 39-45 milimeter. Selain itu juga terdapat jenis lain yang umum dijumpai yakni orong-orong Gryllotalpa hirsuta. 

Dengan bantuan kakinya, orong-orong tiap kali menggali terowongan yang panjang dan membangun "istana bawah tanah". Dengan kakinya yang kuat itu, orong-orong mengerat dan mematahkan akar tumbuhan, tunas-tunas tanaman muda, semaian muda, dan lain sebagainya.
Kebiasaan makan orong-orong cukup pelik. Yang paling utama adalah merusak semaian muda tanaman padi-padian, tebu, rami, ketela dan lain-lain.

Oleh karena itulah, orong-orong dianggap sebagai hama yang mendatangkan banyak kerugian bagi pertanian dan perlu dimusnahkan. Cara pembasmiannya bisa menggunakan racun serangga seperti Dipterex, memakai lampu untuk menangkapnya, dan lain sebagainya.


Patin Sungai Dengkil

LUbok

1)

kalau kat sungai depan taman desa pinggiran putra tu mcm mana??.
ada apa erk kat situ??.

sbb tgk ada gak org gi mancing situ...
pastu ada parking keta...

ermm....tiap kali lalu kat situ..mesti ada org parking keta...
mesti ada port...??

Disitu la sungai buah, terus ke sungai langat dan terus ke dengkil,

patin dia besar2 gak situ

2)

lokasi..jalan masuk depan pasar awam dengkil..masuk ke sebelah kiri sekiranya anda dari arah banting atau balai polis dengkil, sebelum jambatan..

masuk ke kanan selepas jambatan, pasar awam di sebelah kiri, bagi mereka yang datang dari arah putrajaya dll...

mancinglah di sepanjang sungai tuh...insya Allah ada la rezeki..

Umpan

umpan..?

malu la nak cakap..
nak beli dedak tak mampu...
cuma pakai roti gardenia jerr...
kata orang, patin suka gardenia..sebab roti tuh enak dimakan begitu saja...ooo~~ooo gardenia....
teriklan pulak..sorry...

Cuaca


nak manceng kat sg dengkil kena tengok arus gak..

jgn lepas ujan udah lerr...arus deras...
kang tak pasal2 'semilang plastik' yg dapat...sampah laa..
pastu kalau rasa mata kail dah kena makan..sentap jerr..
mmg betul patin tuh dah pandai ludah balik..
yg penting sediakan..set manceng..gardenia..pancang dan loceng..
pernah member saya manceng malam hari..ada cina tuh dapat banyak ikan...kira penuh la bonet hilux dia..


Blog Lain kailbengkok  sungai langat Dengkil,Sungai Buah Dengkil


Patin sungai Klang











Lokasi 
kat belakang ITJ KOLEJ Berdekat dengan  ELKIN.. jalan klang lama...

Boleh ke Makan Ikan Di Sg Klang Tu?

Ada pendapat yang mengatakan....sungai klang tu air kotor sgt sisa kilang,mayat dh bpe byk kne campak dlm tu..teman dlu tgl kt kg pasir kt jln klang lme tu je sllu turun sungai klang bab dlu air bersih..patin mmg byk sni xpnh kumpau lgi..guna roti gardenia je time tu bila guna roti murah dia xmau makan..skang mmg x turun dh sungai tu..klu takat nk rse karen patin boleh le mancing cni tp klu nk makan sory ler  ;D

Umpan Apa Yang Sesuai?

kalo nak diikutkan....umpan keramat kat sg. kelang nih....roti gardenia....roti canai....2 umpan nih mmg keramat giler kat sepanjang sg. klang nih....tp disebabkan makanan yg terwujud secara x lgsg di sg. klang nih....ada gak pernah dgr org naikkan patin mega2 berumpankan ayam kfc....donut (kalo dpt big applenye lg sedap ;D)...perut ayam...perut lembu....perut org(kene buang nih ;D)....macam2 lagilah....dedak pon ada gak dengor or pakai...tp xtau cap ape....cube pelbagaikan umpan kat sini....baling sutat kabar pon die leh telan lg....

Ada Teman kita Yang Cuba Untuk Menggunakan Beberapa jenis Umpan
1.perut ayam
2.roti gardiner
3.cacing sg.klang (alternative)
4.ulat lundi

tapi ada gak brother otai kat situ tgh mancing gak.. dia kata pakai cengkerik je... dia pernah dapat patin lebih 8KG.. huh! 8kg tu pakai cengkerik??? muskil ni!!! klau mancing keli sy tau la bleh pakai cengkerik... huhuhuuhhu..

Sungai Klang pernah dianjurkan pertandingan 2012

Sumber Asal



Juara pertandingan memancing menerima RM10000 dari Dato' Raja.

Pertandingan memancing Sg Klang berlangsung hari ini di pesisir Sg Klang berhampiran Kg Pasir Baru. Lebih 100 peserta mengambil bahagian. Pertandingan dibawah panas terik benar2 menduga ketahanan peserta2.

Sehingga jam 11 pagi, tiada seorang pun yang berjaya menaikkan sebarang jenis ikan. Akhirnya tuah memihak kepada seorang Pak Cik yang berjaya menaikan ikan keli seberat 1.17 kg dan sekaligus membawa pulang RM10,000, hadiah pertama. Hanya beliau seorang yang berjaya mendapat ikan manakala peserta2 lain tidak mendapat sebarang hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, seorang remaja terlebih awal berjaya mendapat ikan patin seberat 3.25kg. Malangnya dia bukan peserta berdaftar dan kempunan untuk mendapat RM10,000 yang ditawarkan.

Itulah nasib badan, dan namnpaknya tuah badan memihak kepada Pak Cik berkenaan.



Ikan patin seberat 3.25kg , sepatutnya menjadikan seorang remaja bertuah hari ni namun beliau mungkin menyesal tak sudah kerana tidak mendaftar.



Rekod peserta remaja berkenaan


Majlis perasmian oleh Raja Nong Chik


Gerai makanan ditebing sungai, banyak pilihan
Sabar menanti RM10,000 dalam air sungai Klang yang mengalir agak deras hari ini,
menyebabkan agak sukar untuk mendapatkan ikan
Suasana ditebing sungai Klang jam 10 pagi

Salah seorang peserta

Peserta yang bertahan dibawah panas terik