Tuesday, June 3, 2014

Sungai Klang pernah dianjurkan pertandingan 2012

Sumber Asal



Juara pertandingan memancing menerima RM10000 dari Dato' Raja.

Pertandingan memancing Sg Klang berlangsung hari ini di pesisir Sg Klang berhampiran Kg Pasir Baru. Lebih 100 peserta mengambil bahagian. Pertandingan dibawah panas terik benar2 menduga ketahanan peserta2.

Sehingga jam 11 pagi, tiada seorang pun yang berjaya menaikkan sebarang jenis ikan. Akhirnya tuah memihak kepada seorang Pak Cik yang berjaya menaikan ikan keli seberat 1.17 kg dan sekaligus membawa pulang RM10,000, hadiah pertama. Hanya beliau seorang yang berjaya mendapat ikan manakala peserta2 lain tidak mendapat sebarang hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, seorang remaja terlebih awal berjaya mendapat ikan patin seberat 3.25kg. Malangnya dia bukan peserta berdaftar dan kempunan untuk mendapat RM10,000 yang ditawarkan.

Itulah nasib badan, dan namnpaknya tuah badan memihak kepada Pak Cik berkenaan.



Ikan patin seberat 3.25kg , sepatutnya menjadikan seorang remaja bertuah hari ni namun beliau mungkin menyesal tak sudah kerana tidak mendaftar.



Rekod peserta remaja berkenaan


Majlis perasmian oleh Raja Nong Chik


Gerai makanan ditebing sungai, banyak pilihan
Sabar menanti RM10,000 dalam air sungai Klang yang mengalir agak deras hari ini,
menyebabkan agak sukar untuk mendapatkan ikan
Suasana ditebing sungai Klang jam 10 pagi

Salah seorang peserta

Peserta yang bertahan dibawah panas terik


No comments:

Post a Comment