Wednesday, February 18, 2015

Persediaan Asas Memancing Laut Dalam

Kekili (reels):

Untuk Bottom:

Ada pelbagai pilihan, dari jenis 1 kelajuan (speed), dua kelajuan, dan kekili elektrik. bgi yang baru ada baiknya memilih kekili harga rendah dahulu, dari jenis 1 atau 2 kelajuan. Kekili yang disarankan yang walaupun amat murah tetapi terbukti kuat adalah seperti Tica ST - Harga sekitar RM420 dan Okuma Titus Gold - RM700. Kelebihan kekili ini ialah murah, kuat, ringan, dan laju dan tidak membebankan walaupun mengangkat batu ladung seberat 1 kilogram.

Untuk elektrik harganya agak mahal tetapi ada yg murah tetapi yg murah tak digalakkan kerana banyak masalah. Kekili elektrik yg disarankan adalah dari jenama terkemuka iaitu Daiwa dan Command. Bagaimanapun anda boleh juga mencuba kekili Banax Kaigen yang menjadi pilihan kerana kos murah tetap mencukupi untuk memancing di perairan Malaysia. Harga sekitr RM950.

Cuba elak beri reel berikut yg didapati amat bermasalah:

1. Daiwa Tanacom Bull 1000Fe (Biru Mudah) - selalu meter rosak.
2. Command CX5 - Selalu Jam
3. Shimano Electric Reel kcuali ZB - lemah dan perlahan, tiada kekuatan strike.


Command amat tak sesuai jika tidak biasa menggunakannya kerana ia melibatkan penggunaan butang. jadi reel ini sepenuhnya automatik dan seringkali jika kita tersilap kita akan kehilangan ikan. Untuk menghdapi masalah ini sila rajin bertanya kepada yg biasa menggunakannya.

Joran:

Mesti sesuai dengan saiz dan kekuatan kekili dibeli. Klau kecil elok gunkan rod lebih ringan poundagenya, misalnya 24lb. Jika besar elok digunakan yang besar dan sepadan, mungkin sehingga 80lb. Tapi untuk min di Pulau Pinang sudah cukup guna kekuatan sederhana.

Saya rekomen beli aje ugly stick, bengkok tau sangkut atau tarik macam mana sekalipun takkan patah, kecuali anda pemancing yang suka mematahkan rod. Ugly stick Tiger dipadankan dengan guide dan cincin Fuji sepenuhnya dan dijual dengan harga murah RM250-80. Warnanya tak cantik tapi lama-lama anda pasti berkena dengan perfomancenya yang luarbiasa. Saya tak galak anda membeli rod tertentu khususnya yang mempynyai hujung lembut tetapi pangkalnya keras dan tebal khususnya yg dibut drp graphite kerana ia mudah patah, antaranya ialah Maguro Blue Ocean dan Shimano Backbone. Rod ini kalau tersangkut besar kemungkinan 80% akan patah di hujung kerana ia keras dan dibuat drp graphite. Nak yg utuh pastikan rod dibuat drp E-glass atau campurannya seperti yang ada pada Ugly Stcik Tiger (lihat pada hujung rod ada warna putih macam plastik) 

Rod bottom custom made patut dielakkan kerana selalu patah jika tidak kena buatannya walaupun cantik dan nampak kuat. Jika patah anda mungkin tak dapat rod ganti kerana selalunya custom made tak ada warranty.

Utk Jigging:

Digalakkan memakai kekili jenis mendatar (spinning) dan bukan menegak kerana di Pulau Pinang yang menegak (bentuk multiplier) susah dikendalikan dan tak sesuai digunakan untuk casting jig kecil, sebaliknya lebih sesuai untuk jigging jig besar 100gm ke atas. Bgaimananapun jika mahu juga mencuba, boleh gunakan kekili yg berharga sederna aseperti Torium, Ocea Jigger, Okuma Cedros dan Andros, tetapi mesti ingat joran yg sesuai untuk kekili menegak juga harus disediakan. 

Kekili spinning selalunya lebih murah dan kurang masalah untuk mendapatinya kerana ia banyak di pasaran dengan pelbagai jenama. Ada yang murah seperti Tica Taurus, Penn Battle, Sargus, Fierce, Shimano Stradic dsbnya. Harga sekitar RM400-800. Tapi kekili Penn ini kelajuan tinggi tetapi amat berat dikarau, lebih sesuai dibeli jenis yg saiz kecil untuk casting bulu atau tenggiri sahaja. Yg paling direkomen untuk perfomance yg baik dan murah dan yg penting dengan kelajuan yg amat tinggi (utk reel kecil shj)iaitu 6.2.1 pilihan terbaik ialah Tica Taurus 3000H, dan jika ada wang baik memilih yg lebih gasak iaitu Twinpower 5000XG.

Joran:

Saya rekomen gunakan yang murah sahaja, tetapi kalau beli yang mahai lagi seoronok, dia punya bengkok dan keringanan memang diakui. Yg murah seperti jenama Lemax; e.g. Firestorm, Slim Max, Shino Amberjack yang terdiri drp rod campuran graphite dan e-glass manakala yang sederhan mahal ialah rod Shimano Jigwreck, Daiwa Saltiga, atau Shimano Jogbros yg baru keluar. Rod lemax adalah yg paling berbaloi kerana harganya murah sekitar RM100-300 dan elok dipilih jenis yg ada guide Fuji dan cincin FUji. Lemax banyak mengambil contoh rod mahal dan dibuat dengan persembahan yang cantik dan tahan lasak tapi ditawarkan harga rendah. Boleh dibeli di kedai-kedai TCE Tackle di Krystal Point, Bayan Baru.

PE sesuatu rod haruslah disesuaikan dengan sasaran. Saya sarankan untuk Pulau Pinang beli yang PE rendah dan lembut, iaitu PE1-3. Jogbros ada keluarkan PE yang lebih baik iaitu PE1.5-4 yng sesuai untuk menentang ikan pelnagai saiz kecik dan sederhana dan rod ini amatlah ringan dan cantik. 

Harga rod tersebut sekitar brikut:

1. Shino Amberjack RM350
2. Lemax Stormfire RM130
3. Lemax Slimmax RM300-400
4. Shimano Jigwreck - sudah naik harga RM650-700
5. Daiwa Saltiga - RM300-450
6. Shimano Jogbros - RM600

Memancing Laut Dalam: Apa Persediannya?

Tips khas untuk pemancing agar mereka mendapat info dan manfaat berguna melalui web  ini atau UAT. Jadi ini adalah permulaannya, satu artikel sebagai panduan tentang apa, bila, dimana dan bagaimana untuk menyempurnakan kelengkapan dan teknik untuk memancing laut dalam berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pengetahuan singkat saya sahaja. Setengah pihak berkata ilmu memancing baru paras lutut udah mahu mengajar orang lain, itu tanda jiwa yang lemah dan mati. Jiwa yang lemah tak mahu dan berminat belajar drp pengalaman orang lain. Kita yang hidup perlu jadi pelajar dari lahir sampai mati. Baru ilmu dan kematangan kita meningkat. Termasuklah dlm sukan rekreasi memancing.



APA PANCING LAUT DALAM

Pancing laut dalam boleh ditakrifkan di sini apa-apa kegiatan dan bentuk teknikal pancingan yang menggunakan lubuk di laut yang jauh dari pantai dengan jarak melebihi daripada paras pandangan mata, paling tidak dlm 10 batu. Itu takrifan saya. Selalunya pancingan laut dalam melibatkan penggunaan alatan berat yang tidak sama dengan peralatan di laut cetek dan pancingan ringan di pulau-pulau atau muara. Ia juga melibatkan sasaran ikan yang jauh lebih besar dari segi saiznya dan juga bentuknya. Pancingan laut dalam juga selalunya menggunakan bot dalam saiz yang sesuai untuk pancingan berat yang melibatkan beberapa pemancing dengan jarak, kesesuaian alatan, bot yang tertentu, yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang tertentu pula dan masa yang lebih lama, dari semalaman hingga boleh menjadi lebih seminggu di atas bot. Peralatan pancingan pantai atau kolam umumnya tidak sesuai digunakan untuk trip memancing laut dalam walaupun dalam keadaan tertentu ia boleh diselaraskan dengan jenis dan bentuk pancingan yang tidak memerlukan penggunaan alatan berat. Yg dimaksudkan di sini kekili pancingan pantai yang ringan tidak begitu sesuai kerana ia dari segi badan, cat, kekuatan dan fizikalnya hanya sesuai digunakan di air tawar atau laut tohor atau di tepian pulau kerana barangkali tidak berupaya menjalankan fungsi sesuai di lautan dalam, misalnya untuk mengangkat batu ladung seberat setengah kilo khususnya untuk rod kelas ringan dan reel jenis spinning.

Antara alatan yang digunakan untuk memancing laut dalam ialah kekili (manual atau elektrik), rod saiz sederhana (menegak atau mendatar), tali sulan (pelbagai saiz dari 20-100 paun), batu ladung, mata kail, dan sebagainya. Peralatan yang lengkap adalah satu keperluan untuk memastikan hasil yang baik dan kita tidak kempunan kerana terpaksa menunggu dan melihat hasil hanya dikaut orang lain sahaja.

CREDIT UAT

KENAPA PERLU PERALATAN YANG SESUAI

Umpama peninju dari sekolah rendah mahu bertarung dengan Mike Tyson , ia adalah tidak setara. Maksudnya di sini penggunaan alat biarlah sempurna dan sepadan. Kesempurnaan alatlah sayarat utama pancingan yang Berjaya dan sempurna. Penggunaan dan kesempurnaan alatan selalunya berkait rapat dengan hasil yang berbaloi dan pancingan yang efektif. Ini boleh dilihat dari beberapa sudut.

Selalunya kekili sesuai untuk pancingan laut dalam adalah reel dari jenis multiplier, sama ada dari kelas yang sederhana atau berat. Antara reel tersebut ialah Penn, Tiagra, Tica ST, Okuma, dan lain-lain (akan diupdate semula). Mutakhir ini ramai mua berubah kepada penggunaan kekili elektri dalam kelas yang agak berat yang sesuai untuk memancing dalam apa saja keadaan di laut dalam. Antaranya ialah Daiwa Megatwin dalam pelbagai saiz, Daiwa Tanacom, Shimano Beastmaster, Command CX4-CX10 dan sebagainya. Penggunaan mesin berkapasiti berat dan berkekuatan yang dapat menarik ikan bersaiz sebesar 20kg adalah keutamaan memenadangkan ia sesuai digunakan di laut dalam yang memerlukan penggunaan sqaiz ladung yang berat (seberat sampai 1-2kilo). Penggunaan kekili ini lebih menyenangkan dan kurang beri beban kepada pancingan yang memakan masa lama dan lubuk yang baik kerana kita tidak memerlukan tenaga dan masa lama untuk proses menurunkan umpan atau menaikkan ikan. 

CREDIT TO UAT

Kekuatan reel perlu dipastikan dari sudut kemampuannya menaikkan ikan kerana kadangkala berlaku kes ikan besar tidak dapat dinaikkan kerana rod dan kekili tak sesuai. Ini pernah dilalui oleh saya sendiri kerana kecenderungan menggunakan rod kelas ringan untuk tujuan merasai karan yang lebih menyebabkan akhirnya berlaku kes kempunan ikan dapat menarik mata kail memasuki karang atau kapal dan memutuskan tali. Penggunaan kekili yang sempurna akan menjamin ikan saiz besar atau kecil dapat dinaikkan, dalam konteks kekili elektrik melalui cara yang lebih mudah, cepat dan amat berkesan. Kekili elektrik juga sesuai digunakan ketika kta terpaksa memancing dalam keadaan mabuk laut atau keletihan atau sekiranya alun sedang kuat atau arus sedang laju yang memerlukan kerja keras dan perhatian sukar diberikan kepada pancingan. Semua kekili di atas merupakan kekili yang mempunya kelajuan sekitar 2-4 ratio shj kerana dengan kelajuan itu sahaja reel ini sesuai dan akan dapat menarik batu ladung dan ikan dengan kekuatan yang baik. Semakin laju kekili maka semakin lemahlah daya tarikannya. Reel berdual speed seperti Daiwa Megatwin mampu menyesuaikan keadaan pancingan di mana ia akan menggunakan kelajuan untuk menarik dan memeriksa umpan manakala jika ia terpaksa menghadapi ikan besar, ia boleh mengubah kelajuannya kepada mode power dengan ratio yg lebih rendah dan hasilnya ikan berbelas kilo dapat dinaikkan dengan mudah tanpa perlu adanya kawalan manual. 

Reel yg disarankan dan terbukti kuat: 

Manual = Tica ST (single speed – digunakan di Burma menari ikan bersaiz sekitar 20kg), juga sesuai utk trolling dan pancingan ringan kerana saiznya yang kecil). Reel tica 2speed bermasalah dan sering rosak ketika menarik ikan besar. Reel Shimano Tiagra pula mempunyai dua speed tetapi speed mode kelajuan jarang dapat digunakan kerana begitu berat dan langsung tidak mampu menarik batu ladung walaupun seberat sekil berbanding dengan Tica ST. Reel lain – Okuma Titus Gold 2speed, Accurate bottom, dan apa-apa jenis reel conventional dan yang mempunyai lever drag seperti Trinidad, Tekota, TLD dan sebagainya yang merupakan reel bottom dan bukannya jigging (multiplier jigging reels) yang mempunyai ratio tinggi kerana reel jigging menyebabkan kita merasa beban menaikkan batu ladung atau reel. 

Kelili yang sesuai perlu selaras dengan penggunaan rod yang sesuai. Rod yang sesuai adalah terdiri daripada rod saiz sederhana berat hingga heavy dengan kekuatan 30-80 paun. Terpulanglah kepada jenis lubuk dan saiz sasaran yang disasarkan. Rod yang keras dapat menarik ikan dngan mudah tanpa sebarang masalah sama ada ian kecil atau besar, tetapi feelnya tidak akan dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Ini hanya sesuai utk mereka yang memancing untuk membawa balik ikan berbading dengan mereka dalam kategori sportfishing angler. Rod yang terlalu lembut pula, dan mutakhir ini yang terlalu panjang akan memberi lebih feel, tetapi tak begitu sesuai digunakan untuk menarik ikan yang lebih besar. Misalnya kadangkala kerapu besar lebih Berjaya dalam perlawanan menggunakan rod lembut dan panjang di mana ia boleh menarik umpan memasuki struktur untuk menelamatkan diri. Keadaan ini sering berlaku dalam mana-mana trip. 



Batu ladung yang sesuai digunakan bergantung kepada keadaan lubuk iaitu arus dan dalamnya sesuatu lubuk. Jika dalam dan arusnya laju, maka batu bersaiz besar perlu digunakan. Umumnya saiz yang sesuatu untuk aktiviti pancingan laut dalam di Pulau Pinang ialah antara 16-24 (sekilo setengah). Penggunaan batu ladung yang tidak sesuai akan menyebabkan umpan tidak dapat disasarkan tepat kepada lubuk ikan dan hasilnya menyebabkan ikan kurang berminat menerkam umpan. Selalunya anda digalakkan membiarkan batu ladung terus melekat ke dasar lubuk untuk hasil pancingan dasar yang lebih efektif kerana kebanykan ikan meragut umpan di dasar. Baru ladung juga tidak boleh dibiarkan dalam keadaan melompat-lompat ketika bot menahan asakan alun tinggi rendah kerana keadaan batu tersebut menakutkan ikan dan menyebabkan umpan tidak berani diusik.

Tali sulam adalah satu lagi elemen penting pancingan laut dalam. Apa guna jika memancing tanpa menggunakan tali sulam meskipun kita mempunyai alternative lain seperti tali mono. Tali mono sudah jarang digunakan pada hari ini kerana reel yang semakin kecil sesuai dengan perubahan teknik pancingan dan tali sulam yang lebih baik kerana boleh memotong air lebih baik dan memastikan umpan duhulur tidak ditolak jauh dari lubuk ikan. Tali sulam banyak di pasaran tetapi hati-hati membelinya kerana ada yang tidak sesuai. Ukuran yang baik untuk kebarangkali mendapat ikan tanpa menjejaskan atau kemungkinan tali putus ialah 50-80 paun. Ketebalan tali utama tidak penting kerana ikan bukan dipengaruhi sangat oleh tali utama tetapi perambut yang memegang umpan.

Tali disarankan = 50lb-80lb untuk setiap reel dengan kepanjangan (bergantung kepada kapasiti reel) yang sesuai iaitu 300-800meter atau lebih panjang. Jenis yang baik ialah tali berwarna warni seperti Varivas dll kerana warna dan keadaan yang tahan luntur dan putus. Tali lain ialah power pro, stren, spider dsbnya yang berwarna moss gren atau dark green. Tali berwarna kunign atau merah mudah luntur dan pendek meorinya dan ini menrugikan dalam jangka masa panjang.

Tali perambut

Tali perambut yang sesuai ialah yang berwarna biru atau putih yang agak sepadan dengan warna air laut dan kurang menimbulkan was-was ikan yang sensitif. Perambut murah yang boleh didapati di Siam adalah amat direkomenkan. Ketebalan perambut atau kekuatanna yang sesuai untuk pancingan di PP adalah sekitar 50-80lb sahaja, manakala di tempat yang mempunyai ikan lebih besar seperti di Burma Bank kekuatan boleh mencecah 150-200lb. Panjang yang sesuai adalah antara 2.5 hingga 4 depa, tetapi ada juga yg menggunakan sehingga 8 depa sekiranya itu tidak menganggu pemancing lain. Perambut panjang penting kerana semakin panjang perambut ia dapat menghilangkan tekanan batu ladung yang tergantung dan menhyebabkan ikan tidak merasai keberatan dan pergerakan batu, khususnya bagi ikan yg suka menguj keselamatan makanannya seperti jenahak. Terdapat beberapa jenis teknik ikatan perambut atau persembahannya, tetapi yang sering digunakan di PP ialah jenis perambut bercabang dua mata kail untuk ikan kecil dan sederhana dan ikatan selari satu atau dua mata bersaiz besar untuk sasaran ikan yg lebih besar. 

Mata kail

Saiz dan ketebalan mata kail amat enting, tetapi yang lebih penting ialah ketajamannya. Saiz yang sesuai bergantung kepada ikan sasaran. Jika memburu jenahak dan ikan sebayanya mata yg digunakan sekadar bersaiz 2-3 sahaja sudahpun memadai, manakala untuk ikan besar saiz 5-7 digalakkan untuk umpan besar. Mata yang besar kurang menarik ragutan ikan manakala mata kecil akan mudah dibengkokkan atau tidak dapat melekat pada mulut ikan yang besar. Mata yang digalakkan ialah gamakatsu yang kuat dan tajam. Ianya juga sukar berkarat berbanding dengan jenis yang lebih tajam dan murah iaiaut Daichi yg mudah berkarat dan hanya digunakan pakai buang sahaja. Menggunakan mata kail yang mahal adalah berbaloi kerana ini menentukan kejayaan pancingan kita.

Batu ladung dan tanduk

Batu ladung yang lebih sesuai ialah yang dapat memastikan keadaan tali pancing dalam posisi 'sando lemang'. Itu bermaskud dlm ukuran sekitar 45 darjah menurun ke laut. Jika terlalu tegak dan terlalu landar ini menandakan batu ladung terlalu besar atau terlalu kecil dan harus ditukar. Penggunan batu ladung yang sesuai dapat memastikian kesimbangan antara tarikan karan pancingan dan kesempurnaan umpan terdampar di lubuk untuk mensasarkan ikan yang meargut umpan di dasar. Penggunaan batu ladung di PP adalah antara 16-32 bergantung kepada air. Batu ladung perlu dipasang pada sesuatu tanduk untuk membolehkannya berfungsi. Tanduk yang sesuai pula ialah yang lebih panjang sekitar 1/3 depa agar dapat mengelakkan tali perambut tersangkut, berpintal dan menjalar ke atas tali sulam sekiranya air mati/tiada arus. Di PP tanduk plasti atau besi boleh digunakan dan tidak menimbulkan sebarang masalah. 

Taktik memburu jenahak



Jenahak merupakan satu spesis ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesis ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi kejayaan peribadi.
Habitat:
Ikan yang digelar ‘bantal emas’ ini banyak didapati di perairan sebelah Pantai Barat, khususnya di sebelah utara Semenanjung yang menjadi syurga kepada spesis ini. Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Kebiasannya di kawasan karang, saiznya tidaklah begitu besar berbanding dengan di tukun-tukun kapal tetapi jumlahnya lebih banyak. Kapal Batek, Karang 06 dan Kapal Langkawi, Kedah, merupakan antara lubuk berpotensi yang menjanjikan hasil tangkapan jenahak yang cukup memuaskan. Lubuk-lubuk ini agak terpelihara daripada kerakusan bot pukat nelayan dan terletak berdekatan dengan perairan selatan Thai yang kaya dengan pelbagai spesis ikan.
Di Pulau Pinang, antara lubuk-lubuk utama yang pernah menghasilkan tangkapan memuaskan bagi spesis ini ialah Lubuk Senapang, Kapal Russia dan Karang 60. Kawasan-kawasan pulau yang berdekatan seperti Pulau Jerjak yang mempunyai struktur berkarang juga menyimpan khazanah ikan jenahak bersaiz besar, tetapi populasinya kurang. Jenahak yang menghuni lubuk-lubuk yang cetek dan berarus deras seperti di Kapal Jepun dan Taiwan, Pulau Pinang, mempunyai warna yang agak pudar. Tetapi sifatnya lebih agresif berbanding dengan spesis sama yang menghuni struktur-struktur yang lebih dalam.
Sifat pemakanan:
Bagi memancing jenahak, kita perlulah mengenalpasti sifat pemakanannya yang agak tersendiri. Antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi, adalah masa ‘emas’ untuk memburu jenahak. Di kala pemancing mula mencari port yang sesuai untuk melelapkan mata, barulah ia rakus mencari makan. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut sekiranya tidak mahu kempunan menewaskan jenahak. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing waktu siang hari. Contohnya di Kapal Jepun dan Kelong Kapal, Pulau Pinang, sekumpulan jenahak pernah berjaya dipancing di kala panas terik matahari sekitar jam 12 tengahari.
Habitat semula jadi mempengaruhi bukan sahaja sifat-sifat dan keadaan fizikalnya tetapi juga cara pemakanannya. Untuk memancing jenahak, kita haruslah mengetahui kesesuaian umpan mengikut lokasi. Selalunya jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Kepala cumit segar yang mempunyai janggut dan mata yang menyinar di kegelapan malam hari adalah seumpama “kerlipan bidadari” yang tidak akan ditolak jenahak. Di setengah tempat, ia tidak begitu memilih umpan. Misalnya di Karang 06, Kedah, jenahak boleh dipancing menggunakan hirisan umpan kembung segar.
Peralatan, Kaedah dan Teknik:
Dengan sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja. Jenahak kurang memakan jig. Spesis ikan ini juga bukanlah boleh dikategorikan sebagai game fish. Ini kerana ia tidak kuat melawan tetapi bagi pemancing, sangat syok menaikkannya kerana nilai ‘emas’nya, lebih-lebih lagi jika terkena amukan bondongannya..
Oleh itu, untuk merasa tarikan jenahak, kita hanya perlu menggunakan kekili dan joran yang berkekuatan sederhana sahaja, tetapi bergantung juga kepada keadaan arus. Jika arus di sesuatu lubuk itu agak laju, maka peralatan yang berkekuatan berat perlulah digunakan untuk menampung saiz batu ladung yang agak berat. Saiz batu ladung yang sering digunakan oleh pemancing di sebelah utara, khususnya Pulau Pinang ialah yang bernombor 18-32. Padanan kekili yang sesuai bagi tugas mengangkat batu ladung seberat itu sekurang-kurangnya ialah kekili yang mempunyai dua kelajuan atau seelok-eloknya kekili elektrik yang kini banyak dijual di pasaran.

Persediaan lain yang penting ialah perambut dan juga mata kail. Anda disarankan menyediakan perambut tangsi yang berkekuatan sederhana sahaja, iaitu antara 50-80lb sepanjang sekurang-kurangnya dua depa. Anda tidak perlu menggunakan perambut dawai, memadailah dengan perambut mono sahaja asalkan ia kenyal dan kuat. Perambut dawai selalunya kurang efektif kerana ia dapat dikesan oleh deria jenahak yang sensitif. Jangan bimbang tentang perambut putus kerana tidak seperti spesis ikan alu-alu atau tenggiri, jenahak jarang memutuskan tali perambut kerana asakannya tidaklah kuat dan ia juga tidak bergigi tajam. Cuma anda perlu memastikan perambut selalu berada dalam keadaan baik dan tidak tercedera akibat terkena geseran karang atau tukun. Selalunya saya menggunakan perambut berwarna jernih dan halimunan seperti Berkley Varnish yang saya dapati memang berkesan menjerat jenahak. Warna jernih, halimunan dan kehalusan tali adalah kombinasi faktor yang baik untuk memerangkap spesis yang pemalu seperti jenahak.
Di Pulau Pinang kami sering menggunakan perambut dari jenis bercabang. Ini membolehkan umpan berbeza diletakkan dan dapat mengukur umpan manakah yang menjadi perhatian. Selain itu, teknik perambut bercabang mengurangkan risiko keciciran umpan dan ia kadangkala dapat menjerat dua ekor ikan sekaligus.Untuk mengelakkan daripada membazir di samping memudahkan anda menggantikan perambut yang rosak, perambut disediakan dalam dua bahagian iaitu perambut utama (panjang) dan gantian (pendek).
Cara penyediaannya ialah setiap perambut diikat cili pada hujungnya manakala mata kail hanya diikat pada perambut yang lebih pendek. Perambut yang pendek disambungkan melalui cili tersebut kepada hujung perambut utama. Setiap kali apabila ikan berjaya dinaikkan dan didapati perambut gentian telah rosak atau putus, maka tukarlah perambut pendek tersebut kepada perambut lain tanpa perlu membuang perambut utama. Sediakan perambut gantian banyak-banyak supaya apabila ikan sedang mengamuk dan perambut putus, kita tidaklah kekalutan memasangnya semula kerana masa ‘emas’memancing jenahak tidak boleh dibazirkan sebelum ia mula berhenti.
Dari segi penggunaan mata kail, biasanya saiz yang sesuai tidaklah begitu besar. Memadailah menggunakan saiz dua hingga tiga sahaja, khususnya dari jenis yang bermutu, tajam dan tidak mudah patah. Oleh kerana sesetengah lubuk, khususnya di Pulau Pinang terkenal dengan kedalaman dan arusnya yang laju, maka batu ladung sebesar nombor 24-32 menjadi taruhan terbaik. Batu ladung yang berat amat penting kerana jika ladung tidak merapati dasar dan umpan melayang-layang jauh daripada dasar laut, maka ia tidak akan berjaya menarik perhatian jehanak yang sering bermain di dasar.
Paling mudah dan efektif, sekiranya memancing di kawasan yang tidak terkena betul-betul pada karang atau tukun, ialah dengan membiarkan ladung jatuh menyentuh dasar dan kemudian setkan drag pada kedudukan yang sesuai. Berdasarkan eksperimen yang pernah dibuat, kumpulan jenahak lebih mudah diburu dengan taktik sedemikian berbanding dengan cara mengangkut ladung atau umpan ke paras lebih tinggi. Tidak akan berlaku masalah sangkut sekiranya kawasan pancingan itu di luar daripada tukun. Berbanding spesis kerapu, jenahak selalunya gemar mencari makan di luar kawasan tukun dan jarang masuk ke lubuk setelah meragut umpan, kecualilah jika kita terleka.
Spesis emas ini sering bergerak secara berkumpulan dan apabila tiba masanya ia meragut umpan, bersedialah dengan amukannya yang bertubi-tubi sehinggalah ia mula berhenti makan. Oleh itu, kita perlulah memastikan pada waktu jenahak frenzy tidak ada sebarang kes ikan yang rabut. Jika kes rabut berlaku berkali-kali, agak sukar untuk mengekalkan ragutannya kerana sudah pasti jenahak yang tercedera akan lari membawa bersama kumpulannya jauh dari lubuk.
Cara ragutan jenahak tidaklah begitu kasar. Kadangkala joran melintuk seakan-akan ada tarikan ikan kecil sahaja walaupun pada waktu itu saiz pemangsa sebenar adalah sebesar bantal peluk. Jadi anda perlulah sentiasa memeriksa joran dan pada waktu meninggalkannya, letakkan loceng di penghujung joran sebagai siren amaran.
Selalunya jenahak meragut umpan dengan cara menggetu terlebih dahulu, mengulum atau cuba melarikan umpan itu sebelum menelannya. Apabila ia merasakan keadaan selamat, barulah ia betul-betul menelan umpan dan ketika itu, mata kail pasti akan tertancap kemas di mulutnya atau terus tersangkut di dalam perutnya. Jadi anda tidaklah perlu terburu-buru menyentap joran, atau tak perlu langsung melakukan sentapan. Cara yang terbaik ialah membiarkan dulu umpan dilarikan dan ditelan sepenuhnya oleh ikan. Ketika itu kesabaran anda sewaktu melihat joran tergerak-gerak adalah ujian utama dalam menentukan kejayaan memancing jenahak.
Selalunya jika pemancing menyentap joran dengan kasar, umpan akan mudah tercabut daripada mulut ikan kerana kadangkala umpan masih belum ditelan dengan sempurna oleh si ikan. Malah kalau boleh biarkan sahaja joran melintuk beberapa lama kerana setelah menelan umpan, jenahak biasanya jarang terlepas. Banyak kes yang berlaku di mana setelah beberapa lama baru pemancing menyedari bahawa umpannya telah diragut sesuatu dan setelah ditarik, barulah didapati seekor jenahak bantal yang menelan mata kail dan sudah tidak bermaya lagi.


Di situlah terletaknya kelemahan spesis ini iaitu apabila ia menelan umpan, mata kail akan tetancap kemas pada mulut atau perutnya. Apabila dipam, ia hanya berupaya melawan seketika sahaja sebelum asakannya menjadi lemah di pertengahan air dan kemudiannya timbul di permukaan air dalam keadaan perut sudah pun tersembur keluar. Oleh itu anda tidak perlu terburu-buru mengepam untuk menaikkannya supaya tidak berlaku kes putus atau rabut akibat rintangan air. Apabila jenahak sudah naik ke permukaan air, bermakna rezeki sudah pun berada di dalam tangan anda.
(Utk makluman anda, tip ini mungkin sesuai di perairan tertentu shj, khususnya utara. Sifat ikan adalah berbeza dan oleh itu, pengalaman menjelajah ke lubuk-lubuk berbeza di tempat berbeza amatlah berbaloi. jangan kerana kita memancing di satu-satu tempat shj maka kita menjadi taksud dengan menganggap apa yg kita alami di satu tempat mewakili semua sifat ikan dan lubuk lain. Jauh perjalanan luas pengalaman). Sekian.
KREDIT TO UTARA ANGLERS

pari sekitar limbongan melaka

Spesies Ikan Laut dan Umpan-Umpannya

Spesies Ikan Laut dan Umpan-Umpannya
Ini adalah senarai ringkas ikan dan umpan untuk menjeratnya;
1) Layaran - guna ikan kembung hidup, perambut 2-3 depa bawah belon yg di ikat longar agar ia terlepas apabila disentak layaran. Perambut sekurangnya 60lb mono, tali utama 40 -50lb.
2) Tenggiri - ikan kembung hidup atau mati dicangkup dekat mulut dari bibir bawah ke atas, kalau nak lagi mujarab tambah sesudu ala orang Kedah buat lepas tu tarik dengan bot pada kadar 2-4 knot. Guna dawai 30lb sekurang nya satu kaki panjang dari mata kail, kalau tidak habis, gigi tenggiri tajam macam gergaji. Tambah pemberat dua atau tiga depa dari mata kail agar umpan Kembung tenggelam di bawah air ketika menarik dgn bot. kalau tak nak tarik dgn bot, guna kaedah hanyut, tapi Kembung kena hidup dan pakai pelampung supaya ia berada di pertengahan air, jarak 3 depa dari pelampung ke umpan.
3) Jenahak - Umpan paling best sotong Kurita kalau boleh dapat, kalau tidak sotong biasa tapi yg hidup. Umpan nombor dua udang Lipan yg fresh atau hidup. Jenahak juga bantai jig.
4) Ikan Merah - umpan ikan potong atau jig.
5) Senangin - umpan ikan potong,ikan bulu ayam hidup, udang hidup, jig, Apollo di kawasan belat, saiz 16.
6) Kurau - sama dengan Senangin tapi tak main Apollo, anak Gelama hidup pun dia bantai.
7) Gerut - udang hidup, ikan potong
8) Tebal Pipi - sama dengan Gerut
9) Gelama - pumpun, udang, ikan potong, sotong
10) Sembilang - sama dengan Gelama
11) Duri - sama dengan Sembilang
12)Belitung - ikan hidup hanyut, gewang, sotong hidup
13) GT - popper, jig
14) Sagai - jig, udang hidup, bilis
15)Kerisi - sotong,ikan potong, udang mati
16)Kerapu - gewang selaman dalam, jig, sotong, udang, ikan potong
17)Pari - ikan potong, sotong dan udang
18)Siakap Merah - gewang selaman dalam, udang hidup, ikan potong, isi siput berkulit hitam
19)Pecah Periuk - kaedah hanyut ikan potong, sotong atau udang hidup
20)Ikan Todak Marlin - sama dengan Layaran, trolling guna skirt
21)Siakap - Udang Hidup,Udang Kopek(teknik casting),Ikan Mati (Kembung/Sardin/Ikan Jaket),Lampam,Belanak Hidup
22)bebolos - perumpun,udang kecil
23)tirusan,ibu gelama - beliak mata,udang idup
Tak payah mntk kebenaran share jer jika anda nak. Tak baik kedekut ilmu. Like dan sebarkan jika anda rasa ilmu ni berguna.